Foxconn - PTT sah kerjasama hasilkan EV di Thailand

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat petrolium nasional Thailand, PTT telah menandatangani persetujuan untuk menjalinkan kerjasama dengan penghasil komponen elektronik Foxconn untuk menghasilkan kenderaan elektrik (EV) dan sekaligus memberikan sokongan padu kepada sasaran negara itu untuk menjadikan Thailand sebagai penghasil dan pengeskport EV terbesar di Asia Tenggara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

PTT dan Foxconn dari Taiwan akan menghasilkan EV dan komponen berkaitan seawal 2023 dengan sasaran 50,000 unit kenderaan setahun. Jumlah itu akan meningkat kepada 150,000 unit selepas itu.

Pelaburan bernilai US$1 ke US$2 bilion dalam tempoh lima ke enam tahun itu akan dilakukan dengan pembinaan kilang EV di zon Koridor Ekonomi Timur Thailand. Ia juga termasuk pembinaan pusat penyelidikan dan pembangunan.

PTT akan memiliki 60 peratus dari usahasama itu sementara Foxconn memiliki bakinya.

Thailand memang sudah dari awal berkata ia tidak akan melepaskan status negara itu sebagai hab pengeluar kenderaan terbesar di Asean walaupun industri automotif mula berubah kepada EV.

Komiti Kenderaan Generasi Baharu Kebangsaan yang dilancarkan oleh Thailand mensasarkan 30 peratus dari penjualan kenderaan negara itu adalah kenderaan sifar asap menjelang 2030.

Komiti itu juga mengharapkan 50 peratus jualan kenderaan Thailand ialah kenderaan EV pada tahun yang sama.

Agensi pasaran Frost & Sullivan pernah menyatakan hasil kajian mereka yang menunjukan 66 peratus pengguna di Asia Tenggara mahu bertukar kepada EV dalam masa yang terdekat.

Indonesia juga mahu mengejar peluang perubahan industri automotif kepada EV dan presiden Jokowi sudah acapkali menyatakan negara itu mahu bekerjasama dengan pembuat bateri serta Tesla untuk menjadikan Indonesia sebagai batu loncatan mereka ke pasaran EV di Asean.

Thailand sudah mula memasang model-model EV dengan syarikat dari China seperti Great Wall Motors di kilangnya di zon yang sama.

Indonesia pula menjadi rakan kongsi kepada Hyundai untuk menguatkan sektor EV negara republik itu sementara Malaysia pula mungkin masih beranggapan EV ini terbatas kepada kereta kawalan jauh menggunakan bateri AA sahaja.

* Laporan asal dari Nikkei Asia

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Hasilnya, Thailand ialah pengeksport kenderaan nombor satu ke Australia, dan juga adalah…