Franco Morbildelli kekal di PETRONAS Yamaha SRT untuk dua tahun lagi

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan PETRONAS Yamaha SRT dengan ini mengumumkan pengekalan perkhidmatan pelumba Franco Morbidelli untuk perlumbaan MotoGP musim 2021 dan 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penunggang yang berasal dari Itali itu merupakan Rookie of the Year pada tahun 2018, sebelum mewakili pasukan PETRONAS Yamaha SRT yang pertama kali bertanding pada tahun 2019. 

Tahun tersebut turut menyaksikan Morbidelli berjaya mendapatkan permulaan di baris hadapan sebanyak empat kali dan berjaya menamatkan perlumbaan di tempat enam teratas sebanyak tujuh kali menggunakan jentera Yamaha YZR-M1. 

Morbidelli juga turut berperanan membantu PETRONAS Yamaha SRT untuk meraih anugerah Top Independent Team 2019, selain menduduki tangga ke-sepuluh di dalam kejuaraan penunggang dengan 115 mata terkumpul. 
 

Berita Berkenaan

MotorGP
Kecederaan ini sudah cukup untuk menyebabkan Franco terlepas perlumbaan pada minggu ini, dan beliau…
MotorGP
Pelancaran dalam talian tersebut turut dihadiri oleh Ketua Prinsipal Pasukan, Razlan Razali diikuti…
Sukan Bermotor
Beliau dijangka memandu bagi pasukan Hyundai Rally Team Italia pada pusingan Rally Monza yang…