Dengan pengenalan ciri ini, ia menjadikan Gurney Paragon sebagai pusat membeli belah pertama di Pulau Pinang yang memperkenalkan ciri pembayaran nirtunai itu.
Para pengguna hanya perlu menggunakan kad Touch 'n Go, dan mengaktifkan fungsi PayDirect bagi membuat pembayaran parkir, di mana bayaran akan ditolak daripada baki e-dompet Touch 'n Go.
Serentak dengan itu, Gurney Paragon Mall turut menawarkan pulangan tunai (cashback) sehingga 20 peratus (dihadkan kepada RM1.00) bagi pengguna yang membayar menggunakan PayDirect Touch 'n Go, bermula 1 Mac 2021 sehingga 30 April 2021.
Promosi ini terhad kepada 10,000 tebusan pertama, dan hanya dihadkan kepada sekali pulangan tunai untuk setiap pengguna.