G-SHOCK DW-H5600 hadir dengan fungsi pantau degup jantung, dari RM1,345

oleh Mohamad Hanif|
Casio Malaysia telah melancarkan koleksi jam tangan baharu di bawah keluarga G-SQUAD, iaitu G-SHOCK DW-H5600.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia membawakan rekaan ikonik jam tangan G-SHOCK dan dilengkapi dengan penderia optik dan accelerometer yang mampu memantau kadar degupan jantung, kandungan oksigen dalam darah, jumlah jarak larian dan kalori yang telah dibakar semasa bersenam.
 

dwh5600


Selain daripada itu, DW-5600 ini menggunakan sistem algoritma Polar Electro Oy yang mampu memberikan analisis terhadap latihan dan corak tidur pengguna berdasarkan data yang diperoleh.

Seperti jam tangan G-SHOCK yang lain, DW-H5600 mempunyai binaan kalis hentakan dan mampu bertahan di bawah permukaan air sedalam 200 meter.
 

dwh5600


Dengan kadar penggunaan aktif, jam tangan ini boleh bertahan selama 35 jam maksimum, atau sehingga satu bulan apabila fungsi pemantauan jantung ditutup.

Selain sistem pengecasan solar, DW-H5600 ini boleh dicas dengan menggunakan sistem pengecasan khas (USB-A) yang disertakan dalam kotak.
 

dwh5600


Terdapat lima varian DW-H5600 yang ditawarkan di semua kedai G-SHOCK, G-Factory, pengedar sah Casio dan tidak ketinggalan laman e-dagang Casio Malayia, dengan harga jualan seperti berikut:

DW-H5600-1DR:         RM1,345
DW-H5600-2DR:         RM1,345
DW-5600MB-1DR:      RM1,395
DW-H5600MB-2DR:   RM1,395
DW-H5600EX-1DR:    RM1,995

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Kolaborasi itu bagi menyambut ulang tahun MUGEN yang ke-50, dimana ECB-40MU menampilkan jam tangan…
Gaya Hidup
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, terdapat tujuh jam tangan ikonik yang ditawarkan di dalam siri…
Gaya Hidup
Visi Yohji Yamamoto adalah menjadikan Y's jenama yang memfokuskan pada fungsi pakaian harian,…