G-SHOCK GM-B2100 dengan bezel oktagon logam penuh kini di Malaysia, dari RM2645

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Casio Malaysia baru-baru ini mengumumkan ketibaan siri baharu G-SHOCK GM-B2100 untuk pasaran tempatan, dengan tiga warna yang anggun, iaitu perak, hitam dan juga rose gold.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Siri baharu GM-B2100 ini membawakan rekaan bezel ikonik berbentuk oktagon yang kini didatangkan dalam binaan logam penuh, serta pada bahagian casis serta tali jam tangan bagi menggantikan bahan resin tahan lasak yang digunakan pada model terdahulu.
 

CASIO


Biarpun didatangkan dalam binaan logam, ia masih lagi mengekalkan ciri kalis  hentakan seperti yang didatangkan pada jam tangan logam penuh GMW-B5000.

Jam tangan baharu ini juga tampil dengan sistem pengecasan Tough Solar untuk mengurangkan kekerapan menukar bateri, serta sokongan sambungan kepada peranti pintar bagi membolehkan pemilik menetapkan jam penggera, masa undur, pemilihan sehingga 38 zon masa, dan fungsi lain daripada aplikasi.
 

Casio


Ketiga-tiga jam tangan ini boleh didapati secara rasmi di kedai dalam talian Casio, serta rangkaian kedai fizikal G-Factory serta G-SHOCK Store dengan harga jualan adalah seperti berikut:

  • GM-B2100D-1ADR (Perak) - RM2,645
  • GM-B2100BD-1ADR (Hitam) - RM2,795
  • GM-B2100GD-5ADR (Rose Gold) - RM2,795

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Jam G-D001 ini dihasilkan menggunakan rekabentuk generatif hasil teknik rekabentuk bantuan komputer…
Gaya Hidup
Ia membawakan penampilan ikonik G-SHOCK serba hitam diikuti logo TITAN 22, frasa "For Love of The…
Gaya Hidup
Jam tangan G-SHOCK x BAPE 30th Anniversary Special Model (GM-6900BAPE-1) ini menggunakan asas GM-…