G-Wagen W464 spesifikasi tentera diumumkan untuk pasaran Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Terlalu banyak contoh modifikasi G-wagen yang telah kami siarkan sebelum ini, namun boleh dikatakan hampir kesemuanya disasarkan untuk golongan yang duit tak habis tujuh keturunan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Selain dikenali dengan imej mewah, Mercedes-Benz G-Class pada asalnya dibangunkan sebagai kenderaan ketenteraan dengan kod W461 dan ia telah pun diproduksikan sejak dari tahun 1992 lagi.
 

GWQ


Untuk pasaran Eropah, Mercedes-Benz mengumumkan ketibaan model G-wagen spesifikasi tentera yang telah dikemaskini, dan membawakan kod designasi W464.

Namun, usah terlalu bergegas untuk mengira baki akaun, ini kerana G-Wagen W464 ini hanya ditawarkan secara eksklusif untuk kegunaan tentera dan agensi kerajaan untuk digunakan dalam operasi khas dan juga misi menyelamat.
 

GQ


Butiran lanjut tidak didedahkan kepada umum, namun model G-Class W464 ini membawakan spesifiksi G 350 d dengan enjin 3.0 liter enam silinder sebaris yang mampu menghasilkan 245 kuasa kuda dan 600 Nm - peningkatan 35 peratus dari segi kuasa dan 50 peratus terhadap daya kilas.

Keupayaan pemanduan off-road turut dipertingkatkan, sementara kadar penjimatan bahan api juga telah ditambahbaik.
 

GW


Sama seperti model G-Wagen untuk golongan T1, G-wagen W464 ini turut dikemaskini dengan kelengkapan moden seperti lampu utama LED, lampu DRL LED, serta sistem elektrik 24 volt dengan kapasiti penggunaan yang dipertingkatkan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model G-Class edisi terhad ini menggunakan asas daripada varian G 550 dengan nadi V8 turbo…
Berita Global
Selain daripada kenderaan komersial, Force Motors turut mengeluarkan kenderaan di dalam segmen…
Berita Global
Kali ini, Brabus memperlihatkan model baharu P 900 Rocket Edition dengan angka produksi terhad…