G10 kini dalam varian mewah SE

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Maxus G10, salah satu produk Weststar Maxus kini didatangkan dalam varian SE.

"G10 kini ditawarkan dengan beberapa kelengkapan yang lebih mewah untuk mereka yang mahukan sebuah MPV, 10 tempat duduk tanpa harga yang tinggi," ujar Datuk Vikram Menon, Pengarah Eksekutif untuk Pejabat Pengarah Urusan Kumpulan Weststar.

Maxus G10 dilancarkan pada tahun 2016 dan ia diterima baik oleh pasaran tempatan. 

Maxus G10 ialah produk MPV pertama untuk Maxus yang sebelum ini mempunyai produk-produk yang lebih bersifat kenderaan komersil.

15-inch screen

Maxus G10 SE dilengkapi dengan sistem audio interaksi Car-Link dengan skrin 15-inci, bumbung kaca panoramik berkembar, dua pintu gelongsor sisi automatik dengan fungsi anti-kepit dan balutan kulit untuk kabin.

Turut diberikan ialah sistem butang Push Start, sistem keyless entry, sensor parkir depan dan belakang, kamera 360-darjah, Bluetooth dan sumber kuasa 220V.

Enjin yang diberikan ialah dari jenis 2.0 TGI,iaitu enjin 2-liter turbo direct injection dengan kuasa 225 hp dan tork pada 345 Nm.

G10 dashboard

Transmisi ialah 6-kelajuan automatik. Gabungan enjin dan transmisi ini memberikan penjimatan sebanyak 30 peratus berbanding dari penggunaan bahan api enjin 3.0L n/a.

Lampu hadapan HID lengkap dengan DRL LED memberikan citarasa moden untuk MPV besar ini.

Dari segi keselamatan, dua beg udara hadapan dan sistem elektronik seperti ESP, HBA, ABS dan EBD diberikan. Fungsi pengikat Isofix juga turut disertakan.

Harga yang diunjurkan ialah RM157,888 termasuk GST dan insurans.
 

Double panoramic

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Sumandak" mengikut dialek bahasa negeri Sabah membawa maksud gadis cantik dan Sumandak milik Kapt…
Berita Domestik
Ditawarkan dalam satu varian sahaja, Maxus T60 didatangkan dengan enjin diesel turbo 2.8 liter VGT…
Berita Global
Berdasarkan imej tunggal yang dibekalkan, MAXUS memberikan bayangan bahawa trak pikap tersebut akan…