GAC EMKOO Dilancar di Malaysia – SUV Futuristik dari RM123,800.

oleh Qalif Latif|
Dato' Remy Ishak merupakan duta GAC EMKOO turut hadir perasmian GAC EMKOO di Glenmarie
GAC Malaysia melalui pengedar rasminya, WTC Automotif (M) Sdn Bhd, hari ini melancarkan SUV terbaharu mereka, GAC EMKOO, dengan harga bermula RM123,800 untuk varian Premium dan RM133,800 bagi Premium Pro.

GAC EMKOO

Bagi 500 pembeli terawal, syarikat menawarkan 
Tawaran Early Bird Eksklusif termasuk rebat tunai RM4,000 dan pakej aksesori percuma bernilai RM10,000. Antara aksesori yang ditawarkan ialah 2-Channel DVR dengan kad MicroSD 64GB, EMKOO Exclusive Kicking Plate, Luggage Tray dan Sport Pedals. Tambahan lagi, pembeli varian Premium menerima Vkool Solar Tint dan Electric Power Tailgate, manakala Premium Pro dilengkapi Vkool Security Tint.

GAC EMKOO

Prestasi & Kecekapan

GAC EMKOO dipacu enjin 1.5TGDI bersama transmisi 7-kelajuan wet dual-clutch. SUV ini menawarkan kadar penggunaan bahan api 6.6L/100km (NEDC), pecutan 0-100km/j dalam 8.8 saat, serta kelajuan maksimum 190km/j.

GAC EMKOO

Rekaan & Teknologi

Rekaan futuristik EMKOO diterjemahkan ke dalam kabin moden dengan Head-Up Display (HUD), kluster instrumen digital LCD 10.25 inci, dan sistem infotainment 10.1 inci lengkap dengan Apple CarPlay tanpa wayar serta Android Auto. Ruang but 638 liter boleh ditingkatkan hingga 1,586 liter dengan kerusi belakang dilipat.
GAC EMKOO

GAC EMKOO

Ciri keselamatan turut mantap dengan pakej ADAS Tahap 2, Full Automatic Parking Assist (FAPA), dan sistem eksklusif Adaptive Vehicle Dynamic Control (AVDC) dari GAC.

GAC EMKOO

Warna, Jaminan & Selepas Jualan

Lima pilihan warna ditawarkan: Super Star Silver, Graphite Grey, Frost White, Asphalt Black dan warna baharu Star Lake Green. Semua varian hadir dengan interior kulit sintetik hitam beraksen merah.

Pelanggan turut dilindungi dengan waranti kenderaan 5 tahun/150,000km dan jaminan enjin serta powertrain selama 7 tahun/180,000km. Untuk menyokong pemilik, rangkaian servis selepas jualan GAC diperluaskan kepada 45 pusat servis di seluruh negara bermula Oktober 2025.

Komitmen GAC di Malaysia

Pelancaran EMKOO sebagai model CKD kedua selepas GS3 EMZOOM mengukuhkan lagi komitmen GAC dalam pasaran tempatan. Menurut CEO Warisan TC Holdings Bhd, En. Tan Keng Meng, pelancaran ini akan memperkukuh jenama GAC di Malaysia dengan gabungan nilai, teknologi dan sokongan selepas jualan yang lebih meluas.

SUV futuristik ini kini boleh ditempah dan diuji pandu di semua bilik pameran GAC seluruh negara, dengan penghantaran kepada pelanggan bermula segera.

GAC EMKOO

GAC EMKOO
GAC EMKOO

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
GAC EMKOO EMKOO menjadi model CKD kedua GAC selepas GS3 EMZOOM, di mana ia tampil dengan…
Berita Domestik
Model EMKOO, yang sebelum ini dilancarkan dalam bentuk import sepenuhnya (CBU), kini mula…
Berita Domestik
GAC EMKOO merupakan model SUV dalam segmen C yang turut dikenali dengan nama Trumpchi Emkoo di…