Rekaan muka jam tangan ini menampilkan tiga sisi permainan kotak rubik iaitu biru, merah dan kuning, sementara struktur bezel pula boleh ditukar ganti dengan mudah mengikut kehendak pemakai.
Bahagian penutup belakang jam pula diperbuat daripada keluli dan mendapat ukiran logo G-Shock serta Rubik, diikuti dengan logo Rubik pada bahagian tali jam.
Menggunakan asas daripada model GAE-2100, jam tangan ini didatangkan dengan ciri seperti kalis hentakan, ketahanan dalam air sehingga 200 meter, gandingan jam analog dan digital, lampu LED berkembar, serta sokongan sehingga 31 zon masa disediakan.
Untuk pasaran Malaysia, G-Shock Kiub Rubik ini dijual pada harga RM729 sahaja.
Sumber: Casio Malaysia