Gagal diselamatkan, Borgward diisytihar muflis di China

oleh Mohamad Hanif|
Masih ingat akan jenama Borgward yang pernah sekali muncul di Malaysia sebelum ini? Syarikat automotif Jerman itu telah diisytiharkan muflis oleh mahkamah First Intermediate People's Court of Beijing, minggu ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Jenama yang pernah menjadi pengeluar ketiga terbesar di negara asal itu dihidupkan semula pada tahun 2014 oleh Beiqi Foton Motor, sebuah syarikat subsidiari BAIC Group.

Sepanjang tempoh aktif, Borgward telah menghasilkan empat buah crossover (BX3, BX5, BX6 dan BX7), serta EV BX7 yang dikhususkan untuk pasaran China.

Namun realitinya, Borgward gagal untuk mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan.
 

BX5


Setelah mencecah pengeluaran puncak kira-kira 55,000 unit pada tahun 2019, angka tersebut terus menurun kepada sekitar 3,600 unit pada tahun 2021.

Disebabkan penurunan jualan yang ketara, Borgward mencatatkan kerugian melebihi 4 bilion yuan (RM2.51 bilion) dari tahun 2016 hingga 2018.

Malah, pada tahun 2021, Borgward mengalami kerugian berjumlah 4.7 bilion yuan (RM2.95 bilion yuan) berdasarkan pemfailan Foton yang dibuat di Shanghai Stock Exchange.

Borgward juga turut menjual SUV BX7 di Eropah pada tahun 2018, sebelum mengumumkan perancangan untuk mendirikan kilang di Bremen, Jerman pada tahun 2019 dengan kapasiti pengeluaran 10,000 unit setahun.

Sayang sekali, perancangan tersebut tidak pernah direalisasikan.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, menurut laporan daripada agensi Persatuan Kewangan China, Xiaomi dilaporkan sedang…
Berita Global
Menurut sumber yang enggan dikenali memberitahu Pandaily, "jenama Borgward tidak akan berjaya,…
Model Terbaharu
Borgward Malaysia menerusi acara jelajah yang dianjurkan di Juru Auto City Pulau Pinang nampaknya…