Gagal melepasi palang tol, lelaki bertumbuk dengan penjaga tol

oleh Penyumbang Rencana|
Tidak berpuas hati kerana 'Touch n Go' (TnG) yang berada dalam kad pengenalannya tidak dapat digunakan hingga gagal melepasi palang tol, seorang lelaki bertumbuk dengan penjaga tol di Plaza Tol Perling, di Johor Bahru.

Video pergaduhan yang tular di laman sosial X berdurasi dua minit 19 saat itu memaparkan kedua-dua individu terbabit saling bertumbuk.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Ketua Polis daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, mengesahkan menerima laporan polis daripada kedua-dua lelaki warga tempatan berusia 30-an itu pada jam 10.11 pagi Isnin

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 1.15 petang Ahad di Plaza Tol Perling menghala ke Iskandar Puteri.

Perselisihan faham berlaku antara penjaga tol dengan lelaki yang berusia 35 tahun itu hingga membawa kepada pergelutan kerana tidak puas hati apabila TnG melalui kad pengenalannya tidak dapat digunakan, walaupun terdapat baki wang mencukupi untuk melepasi palang tol.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian membantu meleraikan pergaduhan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh gempar, yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Artikel sepenuhnya di Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Sebuah kenderaan milik penunda kenderaan dipecahkan di cermin hadapan.   "Berikutan itu,…