GALERI: BMW iX3 2022 kini standard dengan M Sport Package

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia mengemaskini penawaran SUV elektrik BMW iX3 di mana kedua-dua varian Inspiring dan Impressive kini didatangkan standard dengan pakej M Sport.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

M Sport Package tersebut merangkumi kelengkapan seperti M Aerodynamics, M Roof rails dalam warna Shadowline berkilat, serta kemasan elemen BMW i Blue pada bahagian depan dan belakang.

 

iX3


Varian Inspiring didatangkan dengan rim aerodinamik bersaiz 19 inci sementara varian Impressive pula dilengkapi rim M aerodinamik bersaiz 20 inci dengan kemasan 890 M Bicolour.

Ciri BMW Laserlight merupakan ciri standard untuk BMW iX3 M Sport Impressive, sementara iX3 M Sport Inspiring pula didatangkan dengan lampu LED adaptif, namun kedua-dua varian dilengkapi dengan bantuan suluhan tinggi sebagai ciri standard.
 

iX3


Untuk pasaran Malaysia, kedua-dua versi iX3 didatangkan dengan motor elektrik tunggal (pacuan roda belakang) berkuasa 286 PS dan 400 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.8 saat dan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 180 km/j.

Pek bateri berkapasiti 73.8 kWh membenarkan jarak pemanduan sehingga 461 km.

Untuk tahun 2022, BMW iX3 kini menikmati pengecualian duti eksais dan duti import yang menyaksikan harga jualan kini lebih rendah jika dibandingkan dengan harga jualan yang diumumkan tahun lalu.

Harga BMW iX3 bermula dari RM307,160 untuk versi Inspiring, dan RM325,160 untuk versi Impressive, masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak RM10,200 dan RM11,200.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebagai makluman, BMW iX3 telah pun dilancarkan pada minggu lalu dengan harga jualan BMW iX3 M…
Pelancaran
Dari segi kuasa, BMW iX3 hadir dengan motor elektrik tunggal yang memacu roda belakang, dengan…
Model Terbaharu
Bukan satu, bukan dua, akan tetapi tiga model EV yang bakal dibawa masuk untuk pasaran Malaysia,…