Galeri: Kia EV6 GT-Line di Malaysia, bakal dilancarkan secara rasmi tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan penganjuran Kejohanan Golf PGM Kia Championship 2022 yang berlangsung sehingga hari ini, Dinamikjaya Motors selaku pengedar tunggal kenderaan berjenama Kia turut mengambil kesempatan mempamerkan model kenderaan elektrik (EV) yang bakal dilancarkan kelak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model yang dimaksudkan itu merupakan sebuah Kia EV6 varian GT-Line, di mana ia sebelum ini telah pun dikesan di BAuto Training School, Glenmarie, Shah Alam.

Sedikit info berkenaan Kia EV6, ia merupakan model 'kembar' kepada Hyundai Ioniq 5 (yang telah pun dilancarkan secara rasmi di Malaysia) di mana ia menggunakan platform E-GMP (Electric-Global Modular Platform).
 

Kia EV6


Kia EV6 membawakan ukuran sepanjang 4,680 mm, lebar 1,880 mm, tinggi 1,550 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,900 mm.

Dari segi kuasa, Kia EV6 boleh didapati dalam versi motor elektrik tunggal pacuan roda belakang (RWD), atau motor elektrik berkembar dengan sistem pacuan semua roda (AWD).
 

E-GMP


Versi yang dipamerkan di Glenmarie Golf & Resort ini merupakan varian GT-Line dengan pek bateri 77.4 kWh yang membolehkan jarak pemanduan sejauh kira-kira 500 km dicapai.

Di luar negara, versi Long Range boleh didapati dalam pacuan dua roda belakang dengan 225 hp dan 350 Nm, atau versi AWD dengan 321 hp dan daya kilas 605 Nm yang membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.2 saat sahaja.
 

Kia EV6


Setakat ini, tiada sebarang butiran lanjut berkenaan spesifikasi varian didedahkan, manakala harga jualan untuk Kia EV6 pula dianggarkan sedikit tinggi berbanding Hyundai Ioniq 5 yang dijual di Malaysia bermula dari RM200k-RM270k bergantung kepada varian.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut menjelang pelancaran rasmi yang dijadualkan berlangsung pada tahun ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk meraikan pencapaian tersebut, Kia telah melancarkan model edisi terhad yang dinamakan sebagai…
Telah Diuji
Dalam keterujaan dan keseronokan, penulis juga berasa sedikit gementar kerana ini adalah pengalaman…
Berita Global
Tidak semua mempunyai reputasi kebolehpercayaan (reliability) yang sama, berdasarkan laporan…