Gambar bocor: Proton Iriz dapat versi R3 Limited Edition?

oleh Mohamad Hanif|
Kami pasti, sudah ramai yang melihat kelibat spyshot Proton Iriz yang diberitakan bakal menerima versi Limited Edition - sama seperti Saga Anniversary Edition - tidak lama lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Memetik laporan daripada rakan media Funtasticko, Proton nampaknya sedang mempersiapkan diri untuk pelancarkan model edisi terhad iaitu Persona 'Black Edition' serta Iriz Edisi R3.

Berita tersebut diperkuatkan dengan satu gambar yang dimuat naik ke dalam laman Facebook Proton Iriz Club Malaysia (PICM) (kami syak hantaran tersebut telah dipadamkan) yang memaparkan sarung kusyen yang disulam dengan logo R3 Limited Edition.

 

gambaran oleh Funtasticko


Difahamkan, kedua-dua model Persona dan Iriz akan mendapat rekaan rim baharu, kit badan, serta peningkatan terhadap kelengkapan sedia ada, namun tidak dapat dipastikan sama ada Iriz R3 Limited Edition bakal mendapat talaan khas ataupun tidak.

Sebelum ini, Proton dilaporkan akan menawarkan tiga pakej aksesori iaitu Proton Design, Lifestyle dan R3 Sports, di mana versi R3 Sports membolehkan pemilik kereta Proton meningkatkan prestasi sebanyak 30 peratus dengan penambahan spoiler dan pengecas turbo!
 


Apapun, tunggu sahaja pengumuman lanjut daripada Proton kelak.

Sumber: Funtasticko.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Domestik
50 unit Iriz tersebut telah diubah suai oleh syarikat ACE yang merupakan salah satu anak syarikat…
Berita Domestik
Untuk tempoh lapan bulan pertama tahun ini, Proton telah mencatatkan sebanyak 87,481 unit kenderaan…