Gambar bocor - Ruang dalaman Proton Saga jauh lebih segak!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Semakin hari semakin terdedah segala perincian berkenaan Proton Saga facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. 

Kali ini, kami mendapat imej yang lebih jelas bagi bahagian kabin Proton Saga facelift 2019, terima kasih kepada rakan media kami Automachi.com.

Jika dilihat dengan lebih teliti, interior atau ruang dalaman Proton Saga facelift kini tampak lebih moden yang disumbangkan oleh penggunaan skrin paparan terapung di bahagian tengah. 

Kami menjangkakan ia akan turut dilengkapi dengan ciri pintar Hi Proton yang dikhususkan untuk varian Premium.

 

sumber gambar: Ajerul


Walaubagaimanapun, ciri yang menjadi kelaziman pada kereta moden seperti butang penghidup mula (push start button) tiada kelihatan di dalam gambar, dan masih kekal dengan ciri kunci konvensional. 

Sebelum ini, pakar manipulasi gambar Ajerul telah menerbitkan gambaran yang paling hampir bagi Proton Saga facelift 2019 yang banyak menampilkan elemen yang ada pada Iriz dan Persona 2019, seperti lampu DRL, gril infinite weave dan rekaan bumper serba baharu. 

Proton kini mempunyai beberapa trik yang masih belum didedahkan, seperti harga jualan serta pakej-pakej yang bakal melengkapi pembelian untuk Saga facelift tahun ini. 

Jika diikutkan, Iriz 2019 turun harga mendadak dengan haga permulaan dari RM36,700 untuk varian 1.3 MT.
 


Jadi, adakah Saga 2019 juga akan turut ikut jejak langkah turun harga seperti mana yang dibuat pada Iriz?

Sama-sama kita nantikan. 

Sumber: Automachi menerusi Mekanika

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan daripada rakan media Wapcar, ini merupakan versi yang lebih jelas dan lebih…
Berita Global
Ini dibuktikan dengan lebih jelas lagi menerusi gambar bocor yang baharu sahaja diperoleh Autoblog…
Berita Global
Generasi baharu hatchback segmen B Honda Jazz kini sedang giat diuji dan nampaknya anda tidak perlu…