Gambar Geely Galaxy telah didedahkan oleh Kementerian Industri China

oleh Qalif Latif|
Sedan hibrid plug-in terbaru dari Geely Galaxy, iaitu Galaxy A7, telah didedahkan oleh Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China. Model ini dijangka mensasarkan pasaran sedan harga sekitar 100,000 yuan, iaitu kira-kira RM65,000. Galaxy A7 merupakan salah satu daripada dua model baharu yang akan dilancarkan oleh Geely Galaxy pada penghujung suku kedua atau awal suku ketiga 2025. Satu lagi model ialah Galaxy M9 yang baru sahaja membuat kemunculan sulungnya.

Geely Galaxy

Lebih awal pada 17 Mei, model Galaxy A7 telah dilihat di jalanan China dalam balutan penyamaran, lengkap dengan slogan dicetak pada badannya seperti “penggunaan bahan api paling rendah di dunia” dan “jarak pemanduan lebih 2,100 km”. Dari segi penampilan, bahagian hadapan dilengkapi lampu utama tajam, jalur lampu jenis menyambung penuh, serta bukaan udara berbentuk poligon di bahagian bawah dengan kemasan krom perak. Bahagian belakang pula menampilkan rekaan lampu belakang menyambung penuh serta trim krom di bawah.

Geely

Galaxy A7 mempunyai dimensi panjang 4,918 mm, lebar 1,905 mm dan tinggi 1,495 mm, dengan jarak antara roda 2,845 mm. Dua pilihan berat ditawarkan iaitu 1,599 kg dan 1,735 kg. Kuasa dijana menerusi sistem hibrid plug-in NordThor EM-i, dengan enjin 1.5 liter aspirasi semula jadi model BHE15-BFZ yang menghasilkan kuasa maksimum 82 kW atau 110 hp. Ia dipadankan dengan bateri lithium iron phosphate yang dihasilkan oleh CALB-Tech. Kelajuan maksimum adalah 190 km/j. Maklumat terperinci lain tentang trenkuasa masih belum diumumkan setakat ini.

Geely

Antara pilihan konfigurasi yang disediakan termasuk trim bingkai tingkap, spoiler bumbung, radar hadapan dan belakang, kamera cermin hadapan, bumbung suria, pemegang pintu dan gril hadapan. Tiga pilihan saiz rim juga disediakan: 17 inci, 18 inci dan 19 inci.

Jadi tak Proton nak bawa ke pasaran Malaysia?

Sumber: MIIT China, Geely Galaxy

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Prestasi Hibrid Dua Pilihan Model ini ditawarkan dalam dua sistem hibrid berbeza: EM-P (Thor EM-…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…