Gambar intip: Adakah ini Nissan Z Nismo?

oleh Mohamad Hanif|
Belum pun sempat Nissan Z mula dijual di Jepun, sebuah model Z dikesan bermain atas litar yang mungkin memberikan petunjuk kehadiran model yang lebih serius Nissan Z Nismo bakal muncul kelak.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Video berdurasi tiga saat itu memaparkan sebuah Nissan Z misteri memotong Honda S2000 dengan menampilkan beberapa ciri unik, seperti contoh fender depan yang lebih lebar, di mana pemilihan warna gelap yang mencadangkan penggunaan bahan gentian karbon.

 


Selain itu, boleh juga dilihat pemasangan spoiler pada bahagian hujung bumbung, diikuti dengan sayap belakang kekal, serta jarak kelegaan tanah yang lebih rendah berbanding model Z standard.

Sebagai makluman, Nissan hanya akan mula menjual model generasi baharu Z di Jepun pada bulan Jun ini, jadi adalah mustahil untuk mana-mana pembeli Z untuk membuat modifikasi yang disebutkan di atas dan terus bermain di atas litar.
 

Nissan Z


Generasi baharu Nissan Z didatangkan dengan enjin 3.0 liter V6 turbo berkembar yang mampu menghasilkan 400 kuasa kuda dan 475 Nm, dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan dengan sistem launch control termaju, aci pemacu gentian karbon, serta fungsi rev-matching.

Bagi mereka yang masih mahu menjaga kesejahteraan kaki kiri, boleh mendapatkan model Z dengan sistem transmisi automatik sembilan nisbah kelajuan.

Baca: Nissan Z 2023

Baca: Nissan Z - rekaan klasik, nisbah emas dan pedang samurai Jepun!

Sumber: YouTube R Gelan

Berita Berkenaan

Berita Global
Sama seperti mana-mana model talaan NISMO, Nissan Z NISMO 2024 turut membawakan naiktaraf dari segi…
Berita Global
Namun, itu semua tidak menghalang Nissan daripada terus menguji dan menilai sebuah lagi varian yang…
Berita Global
Dalam laporan terdahulu oleh BestCarWeb, Nissan juga dikatakan turut merancang untuk membawakan…