Gambar intip: BMW 5 Series generasi baharu dikesan sedang diuji - varian PHEV dan EV!

oleh Mohamad Hanif|
Generasi ketujuh BMW 5 Series dijadualkan akan digantikan dengan generasi kelapan pada tahun 2024, namun kelibat model ujian BMW 5 Series generasi baharu berjaya dikesan oleh mata-mata yang tajam.

Berbanding penawaran yang terdapat pada model-model seperti M3 dan M4, BMW 5 Series generasi baharu ini dilihat tidak membawakan rekaan gril buah pinggang yang besar dan menegak, sebaliknya membawakan rekaan yang lebih melintang ke sisi, sementara versi EV pula didatangkan dengan rekaan gril tertutup.

 


Sudut hadapan sedan ini nampak lebih tajam, sementara bahagian belakang sedan ini membawakan rekaan yang lebih ke arah sebuah sedan fastback.

Menurut laporan daripada Autocar, terdapat dua kelibat model ujian BMW 5 Series yang sarat dengan pelekat samaran, serta kehadiran pelekat yang memberikan petanda kedua-dua model tersebut merupakan model plug-in hybrid (PHEV) dan model elektrik (EV) yang bakal dikenali sebagai i5.

Setakat ini, tiada sebarang informasi lanjut berhubung penawaran kedua-dua versi 5 Series ini, namun sebagai makluman BMW 5 Series pada ketika ini menggunakan senibina CLAR yang turut sama digunakan pada model BMW i4.

 


Adalah tidak mustahil BMW akan terus menggunakan platform yang sama untuk generasi baharu 5 Series ini.

Ini bermakna, model i5 akan turut ditawarkan dalam versi trenkuasa pacuan roda belakang serta versi pacuan semua roda dengan julat kuasa bermula dari 335 hp (i5 Drive40) hingga 536 hp dalam model berprestasi tinggi i5 M50 xDrive.

Pada model BMW i4, pek bateri yang digunakan adalah berkapasiti 80.7 kWh yang mampu menyokong pengecasan sehingga 210 kW dan jarak operasi antara 362 km sehingga 591 km bergantung kepada spesifikasi.

 


Sementara model PHEV pula difahamkan akan mengekalkan penawaran seperti generasi terkini yang terdiri daripada varian 530e dan 545e, di mana masing-masing didatangkan dengan enjin empat silinder dan enam silinder sebaris.

Pelancaran rasmi sedan 5 Series generasi baharu ini dijangka akan berlangsung pada tahun 2023 sebelum penjualan rasmi pada tahun berikutnya.

Berita Berkenaan

Berita Global
Jadi adalah tidak mengejutkan apabila model ujian generasi ke-11 Honda Accord mula dikesan…
Berita Global
Video berdurasi tiga saat itu memaparkan sebuah Nissan Z misteri memotong Honda S2000 dengan…
Berita Global
Kelibat model ujian generasi baharu BMW 7 Series telah pun dikesan di luar negara sebelum ini,…