Gambar intip: BMW M EV Concept – i4 dengan badan lebar, trenkuasa empat motor elektrik!

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa bulan yang lalu, BMW telah mengumumkan sebuah model M berprestasi tinggi bergelar M EV Concept.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jelas sekali, model M EV Concept ini dibangun menggunakan asas daripada sedan i4 M50, namun tampil dengan trenkuasa empat motor elektrik dan sistem pacuan empat roda!
 

BMW


Untuk memastikan casis ini mampu menampung peningkatan kuasa yang mendadak itu, beberapa perubahan telah dibuat oleh BMW berdasarkan gambar intip yang diperoleh Motor1 baru-baru ini.

Seperti contoh, rekaan fender yang lebih besar untuk memuatkan tayar dan rim yang lebih lebar, rekaan jeriji CSL yang mungkin sekali bertindak sebagai penampilan estetik, serta sistem brek yang lebih besar bagi memastikan kereta ini berhenti dengan baik.
 

BMW


BMW masih belum mendedahkan angka output yang bakal dihamburkan oleh M EV Concept ini, sudah pasti ia jauh lebih bertenaga jika dibandingkan dengan i4 M50 standard (563 hp).

Menurut ketua unit pembangunan BMW M, Dirk Hacker berkata, “kami sudah pun melihat bagaimana cara untuk mengeksploit potensi jentera ini ke tahap maksimum, supaya model berprestasi tinggi kami akan berterusan menawarkan dinamik, kelincahan dan kejituan yang biasanya ada pada sebuah jentera M di dalam masa depan bebas emisi."

Sumber: Motor1

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sempena dengan ulang tahun ke-50 divisyen sukan permotoran ikonik BMW tahun lalu, ketibaan jentera…
Pelancaran
BMW i4 M50 2022 BMW i4 M50 merupakan kenderaan elektrik berlogokan M yang pertama, dan ia…
Sukan Bermotor
BMW i4 M50 boleh dianggap sebagai kereta elektrik prestasi tinggi pertama dari BMW M, di mana ia…