Gambar intip: Ford Ranger generasi baharu dikesan di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Trak pikap saiz pertengahan yang popular masa kini, Ford Ranger dijadualkan mendapat pengganti generasi baharu pada tahun 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kelibat generasi baharu trak pikap itu kali ini dikesan sedang menjalani ujian musim panas di Eropah, di mana ia masih lagi sarat dengan pelekat samaran.

 


Namun, rekaan bahagian hadapan Ranger 2022 itu mengesahkan ia bakal membawakan unit lampu LED dengan lampu nyalaan siang berbentuk C, lebih kurang sama seperti rekaan Ford F-150 masa kini.

Generasi baharu Ranger ini dijangka akan membawakan enjin 2.0 liter bi-turbo yang sama digunakan pada Ranger Raptor menghasilkan 213 PS dan 500 Nm, sementara pasaran lain seperti Amerika Syarikat mungkin akan ditawarkan dengan enjin 2.3 liter EcoBoost (300 hp/441 Nm) daripada Ford Bronco.


Sementara ruang kabin Ranger pula berkemungkinan besar akan membawakan skrin sentuh posisi menegak seperti yang terdapat pada Mustang Mach-E atau Ford F-150 Lightning, diikuti dengan skrin kluster digital 12 inci untuk varian tertinggi.

Platform Ford Ranger ini juga akan turut digunakan oleh Volkswagen untuk pembangunan trak pikap generasi baharu Amarok.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati pemandu terbabit dengan sengaja meletakkan kenderaannya di tepi jalan…