Gambar Intip: Honda Accord generasi baharu dikesan buat kali pertama

oleh Mohamad Hanif|
Rasa macam sedan Accord itu baharu sahaja menerjah pasaran, namun hakikatnya generasi terkini sedan segmen D yang bersaing dengan Camry itu telah pun wujud sejak tahun 2018 lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jadi adalah tidak mengejutkan apabila model ujian generasi ke-11 Honda Accord mula dikesan berdasarkan gambar-gambar yang diperoleh daripada laman web Motor1.com.

Secara keseluruhan, bentuk badan sedan masih lagi dikekalkan, namun berdasarkan pengamatan sedan generasi ke-11 ini dilihat membawakan perkadaran yang lebih asli, berbanding bentuk fastback pada Accord generasi terkini.
 

accord


Sudah pasti, muka depan Accord membawakan rupa paras baharu, diikuti dengan rekaan belakang yang kini tidak lagi menampilkan unit lampu utama berbentuk seperti sebuah stapler itu.

Besar kemungkinan, Honda masih lagi mengekalkan penggunaan platform yang sama berdasarkan apa yang dibuat pada model Civic, namun dengan beberapa penambahbaikan bagi menjadikan pemanduan yang lebih dinamik dan selesa.
 

Accord


Dari segi trenkuasa, Honda Accord generasi baharu ini dijangka mengekalkan penawaran nadi 1.5 liter turbo (192 hp), serta penawaran versi hibrid yang menggunakan nadi 2.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 212 hp.

Ini dibuktikan menerusi berita di mana Honda telah pun mengesahkan kehadiran Accord Hybrid yang akan diperkenalkan selepas model CR-V Hybrid membuat kemunculan pada tahun ini.

 

sumber gambar: Wikipedia


Sumber: Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan gambar intip yang diperoleh daripada Autocar, unit prototaip Audi A6 Avant e-tron itu…
Berita Global
Namun, versi facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi mendefinisikan semula identiti berani…
Model Terbaharu
Ini bukanlah versi pertama SF90 yang dipertingkatkan, dimana sebelum ini SF90 Stradale hadir dengan…