Gambar intip - Honda Civic 2022 hatchback pula dikesan

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira sebulan sebelum tahun 2020 melabuhkan tirainya, Honda telah memperlihatkan secara rasmi model sedan segmen C Civic Prototype 2022 dengan penampilan serba baharu untuk generasi kesebelas itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Namun, itu dalam bentuk sedan, bagaimana pula dengan versi hatchback yang bakal menjadi asas kepada model Civic Type R generasi berikutnya?

 


Laman web automotif CarScoops telah berjaya menemukan unit ujian Honda Civic 2022 hatchback yang dikesan atas jalan raya dengan membawakan kurang pelekat samaran, sekaligus mendedahkan lebih banyak informasi kepada umum.

Rupa hadapan hatchback segmen C ini masih lagi membawakan rekaan yang serupa pada Civic Prototype 2022, seperti unit lampu utama yang nipis, namun hadir dengan rekaan jeriji berbentuk sarang lebah.

Sementara bahagian belakang pula menampilkan bampar dengan diffuser kecil terbina, serta unit lampu belakang LED yang diinspirasikan daripada Dodge Charger.

 


Berdasarkan unit prototaip yang diperlihatkan tahun lalu, Honda Civic generasi baharu ini bakal membawakan rekaan papan pemuka yang lebih ringkas dan minimalis, unit skrin tengah bersaiz sembilan inci, serta penawaran skrin kluster instrumen digital.

Beberapa spekulasi mencadangkan Civic generasi baharu bakal meneruskan penawaran nadi 1.5 liter turbo yang menghasilkan 174 kuasa kuda dan 220 Nm, sementara varian Type R pula juga mengekalkan nadi 2.0 liter turbo yang mampu menghasilkan 306 kuasa kuda itu.

Honda Civic 2022 bakal dilancarkan secara rasmi pada musim bunga ini.

 

 

Sumber: Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan gambar intip yang diperoleh daripada Autocar, unit prototaip Audi A6 Avant e-tron itu…
Berita Global
Namun, versi facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi mendefinisikan semula identiti berani…
Model Terbaharu
Ini bukanlah versi pertama SF90 yang dipertingkatkan, dimana sebelum ini SF90 Stradale hadir dengan…