Untuk makluman, Honda CR-V 2023 generasi baharu diperkenalkan secara rasmi di peringkat global pada bulan Julai tahun lepas, dengan membawakan kemaskini terhadap rekaan luaran, serta ukuran dimensi yang lebih besar.

Berbanding CR-V terdahulu, Honda CR-V 2023 memiliki ukuran sepanjang 4,694 mm, dan jarak antara roda kini menjadi 2,700 mm.
Lebih penting, Honda CR-V baharu ini juga dijangka akan ditawarkan dengan dua pilihan trenkuasa, iaitu enjin 1.5 liter VTEC Turbo (193 PS/243 Nm), serta enjin hibrid 2.0 liter e:HEV (207 PS/315 Nm) seperti yang muncul pada Honda Civic e:HEV sebelum ini.

Dari segi rupa paras, Honda CR-V 2023 tampil dengan rekaan luaran yang lebih elegan, diikuti dengan susun atur papan pemuka yang hampir sama dengan Civic generasi ke-11, lengkap dengan skrin kluster digital, skrin infotainmen tengah sembilan inci, sokongan Apple CarPlay/Android Auto, serta ciri keselesaaan yang sesuai untuk pasaran tempatan.
Dengan kemunculan model yang sarat dengan pelekat ini, besar kemungkinan ia bakal dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat.
Tunggu sahaja butiran penuh dari kami di Careta.my.
Baca: Honda CR-V 2023 Generasi Baharu