Kelibat model ujian Ioniq 5 N telah pun dikesan melata atas jalan raya, dan walaupun ia sarat dengan pelekat samaran, tidak sukar untuk mengecam bentuk badan Ioniq 5 di atas jalan raya.
Antara perubahan yang senang untuk dilihat termasuklah rim ringan yang lebih sporti, dibantu dengan sistem brek yang dinaiktaraf, serta rotor brek yang lebih besar pada gandar depan.
Malah, Hyundai dilihat turut menambah sedikit dimensi arka roda belakang, diikuti dengan skirt sisi yang direka semula, dengan jarak kelegaan tanah yang sedikit rendah jika dibandingkan dengan Ioniq 5 standard.
Pada ketika ini, Hyundai Ioniq 5 yang paling berkuasa tampil dengan motor elektrik berkembar berkuasa 302 hp dan 605 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j sepantas 5.2 saat.
Namun, Hyundai Ioniq 5 N berkemungkinan besar akan mendapat resepi yang didatangkan pada kembarnya Kia EV6 GT, di mana sistem motor elektrik berkembar mampu menghamburkan kuasa setinggi 577 hp dan 740 Nm, pecutan 0-100 km/j sepantas 3.5 saat diikuti dengan pek bateri 77.4 kWh.
Sumber gambar: Motor Authority