Gambar intip: Kia EV6 dikesan di Glenmarie

oleh Mohamad Hanif|
Rakan media Paultan telah pun menemukan 'kembar' kepada Hyundai Ioniq 5, Kia EV6 yang dikesan berada di Glenmarie, atau lebih tepat lagi di pusat latihan BAuto Training School.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan laporan terdahulu, pihak BAuto merancang untuk melancarkan secara rasmi EV6 ini menjelang suku ketiga atau suku keempat tahun ini.

Di peringkat global, Kia EV6 sememangnya berkongsi platform E-GMP (Electric-Global Modular Platform) dengan Hyundai Ioniq 5.
 

Kia EV6


Dari segi penawaran kuasa, Kia EV6 boleh dilengkapi dengan motor elektrik tunggal pacuan roda belakang (RWD) atau motor elektrik berkembar pacuan semua roda (AWD), dengan kuasa bermula dari 168 hp/350 Nm hingga kepada versi tertinggi 577 hp dan 740 Nm.

Pek bateri pula berkapasiti 58 kWh atau 77.4 kWh yang membenarkan jarak operasi sehingga 510 km bergantung kepada spesifikasi dan tetapan motor elektrik.
 

EV6


Senibina elektrik 800 voltan pula membolehkan Kia EV6 menyokong sistem pengecasan pantas DC di mana pengecasan 10 hingga 80 peratus mengambil masa sekitar 18 minit sahaja.

Pihak Sime Darby Motor sebelum ini telah pun melancarkan Hyundai Ioniq 5 dengan harga jualan bermula dari bawah RM200 ribu, jadi berapa pula harga jualan bagi Kia EV6 ini?

Baca: Spesifikasi Kia EV6

Sumber: Paultan

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk meraikan pencapaian tersebut, Kia telah melancarkan model edisi terhad yang dinamakan sebagai…
Telah Diuji
Dalam keterujaan dan keseronokan, penulis juga berasa sedikit gementar kerana ini adalah pengalaman…
Berita Global
Tidak semua mempunyai reputasi kebolehpercayaan (reliability) yang sama, berdasarkan laporan…