Gambar intip: Model ujian Honda HR-V generasi baharu dikesan di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Sedar ataupun tidak, generasi terkini crossover Honda HR-V telah pun berada di pasaran semenjak tahun 2013, dan telah pun menjalani beberapa proses facelift sehingga tahun lalu.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025


Kini, para pengintip di Eropah telah mula mengesan kelibat model ujian yang dikatakan generasi baharu kepada crossover segmen B itu buat kali pertama.

 


Laporan daripada Motor1 menunjukkan SUV kecil tersebut masih lagi sarat dengan pelekat samaran, diikuti dengan pemasangan beberapa panel yang bertujuan untuk melindungi perincian kecil yang terdapat pada HR-V itu.

Namun jika dibuat perbandingan dengan model HR-V sedia ada, kita boleh melihat beberapa perubahan seperti contoh lampu utama yang lebih tajam dan nipis, serta posisi cermin hadapan yang lebih menegak untuk medan penglihatan yang lebih luas.

 


Sementara struktur tiang belakang pula lebih tebal, dengan cermin untuk penumpang belakang kini mempunyai bentuk yang lebih bersegi berbanding HR-V sedia ada.

Namun, bentuk asas sebuah crossover ala coupe masih lagi dikekalkan pada HR-V generasi baharu ini.

 


Perincian berkenaan unit trenkuasa masih lagi disembunyikan, namun berkemungkinan besar ia akan menampilkan versi hibrid e:HEV seperti yang didapati pada model sedan City dan Honda Fit pada sesetengah pasaran.

Dengan kehadiran model ujian HR-V di atas jalan raya, ia sekaligus mencadangkan pelancaran rasminya bakal berlangsung dalam masa terdekat untuk peringkat global.

 


Sumber: Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tidak seperti pasaran lain seperti Malaysia dan Jepun dengan pilihan rangkaian kuasa 1.5 liter…
Berita Domestik
“Siasatan awal mendapati SUV berkenaan secara tiba-tiba mengalami kerosakan di lorong kiri telah…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha R25 dinaiki mangsa bergesel dengan SUV jenis Honda…