Gambar Intip: Proton Saga 2022 kali ini naik Genting

oleh Mohamad Hanif|
Awal bulan yang lalu, seorang pembaca Careta Putra Kamrin Azran telah berjaya menemukan kelibat unit ujian sedan marhaen Proton Saga yang dipandu dari Seksyen 16 menghala ke Lebuhraya SPRINT.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terbaharu, individu yang sama sekali lagi menemukan kelibat sedan tersebut sedang diuji di laluan yang popular di kalangan rakyat Malaysia, Genting Highlands.

Apa yang jelas kelihatan pada penemuan kali ini adalah kehadiran ciri baharu yang terdapat pada pemegang pintu sebelah pemandu iaitu butang kemasukan tanpa kunci (Gambar utama).
 

Saga 2022


Selain daripada itu, Proton juga dilihat membawakan perubahan seperti logo baharu Proton berbentuk bulat, rekaan rim serba baharu, serta kehadiran lip hadapan dan cermin sisi berwarna hitam.

Kali terakhir sedan tersebut menerima kemaskini adalah pada tahun 2019, di mana pada ketika itu sedan segmen A ini membawakan elemen gril Infinite Weave dan busur Ethereal Bow, serta kehadiran lampu nyalaan siang LED.
 

Saga MC2


Proton Saga 2022 dijangka mengekalkan nadi 1.3 liter yang berupaya menghasilkan 95 PS dan 120 Nm yang dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan, dan tidak diketahui sama ada transmisi manual bakal dikekalkan atau terus dimansuhkan daripada penawaran.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan gambar intip yang diperoleh daripada Autocar, unit prototaip Audi A6 Avant e-tron itu…
Berita Global
Namun, versi facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi mendefinisikan semula identiti berani…
Model Terbaharu
Ini bukanlah versi pertama SF90 yang dipertingkatkan, dimana sebelum ini SF90 Stradale hadir dengan…