Gambar intip: Sedan elektrik GAC Aion S Plus dikesan di AEON Shah Alam

oleh Mohamad Hanif|
sumber: FB MyEVOC
Segmen kenderaan elektrik di Malaysia dijangka akan meriah dengan kehadiran sebuah lagi model, berdasarkan unit samaran yang dikesan di Aeon Shah Alam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan hantaran di laman Facebook MyEVOC oleh Faisal Hussamuddin, sedan elektrik itu dilihat di kawasan letak kereta yang dikhaskan untuk kereta elektrik (EV), dengan memakai nombor pendaftaran perdagangan P 1379 A.
 

GAC


Pada mulanya, sukar untuk kami teka model apakah yang muncul di situ, ini kerana profil sisi sedan tersebut dilihat menyamai bentuk yang wujud pada model Geely Galaxy E8, serta sebuah lagi sedan yang bakal dilancarkan di Malaysia - BYD Seal.

Namun berdasarkan kesan lekukan garis badan yang wujud antara tiang A sehingga ke lampu utama, kami mengagak ia adalah sebuah GAC Aion S Plus, dan perkara itu turut disahkan oleh rakan media kami Paultan.
 

BYD


Berdasarkan semakan ringkas di laman internet, sedan elektrik GAC Aion S Plus telah pun dilancarkan secara rasmi di China tiga tahun lepas.

Sedan itu mampu bergerak antara 410 km hingga 602 km (data NEDC), terima kasih kepada angka pekali seretan (drag coefficient) serendah 0.211 Cd, antara yang rendah di dalam kelasnya.
 

GAC


Dari segi kuasa, Aion S Plus hadir dengan motor elektrik berkuasa 204 hp dan 350 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.8 saat.

Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, jenama GAC di Malaysia dikendalikan oleh WTC Automotif, sebuah syarikat subsidiari Warisan Tan Chong Holdings.
 

GAC


Model pertama yang telah dilancarkan sebelum ini ialah sebuah SUV segmen B GAC GS3, di mana ia akan digantikan dengan kehadiran model generasi baharu GS3 yang akan dipasang secara rasmi di sini, mengikut jadual asalnya pada April 2024.

Jadi, persoalan sekarang adakah GAC Aion S Plus ini akan ditawarkan secara rasmi di Malaysia? Dan mampukah model ini memberikan saingan sengit kepada sedan-sedan elektrik yang telah muncul sebelum ini?

Sumber: FB MyEVOC

Berita Berkenaan

Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…
Berita Global
Menurut Togg, T10F bukan sekadar sebuah kereta, akan tetapi ia sebenarnya 'sebuah peranti pintar…
Berita Global
Berbeza dengan versi yang diperlihatkan di Japan Mobility Show tahun lepas, Afeela EV membawakan…