Gambar intip: Sedan prototaip Lotus Type 133 sedang diuji di Sweden

oleh Mohamad Hanif|
Selepas kehadiran model kereta sports Emira, kereta hiper Evija dan SUV elektrik Eletre, Lotus bakal melengkapkan penawaran model kenderaan mereka dengan kehadiran sebuah sedan berkuasa elektrik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dikenali dengan kod nama Type 133, sedan elektrik itu dikesan sedang diuji di utara Sweden yang penuh bersalji, serta membawakan liveri khas bersempena dengan ulang tahun Lotus yang ke-75.
 

Lotus


Biarpun penuh dengan pelekat samaran, Lotus Type 133 itu dilihat membawakan beberapa ciri unik seperti rekaan lampu utama terpisah (seperti yang terdapat pada SUV Eletre), penggunaan kamera sisi dan pemegang pintu tertanam.

Terdapat juga modul LiDAR di bahagian bumbung, sementara unit lampu belakang sementara itu pula berkemungkinan besar akan digantikan dengan bar LED melintang penuh.
 

Lotus


Berbanding Taycan dan e-tron GT, Lotus Type 133 itu dilihat mempunyai bentuk badan liftback yang jauh lebih praktikal, dibantu dengan garis bumbung melandai yang menyumbang kepada aspek aerodinamik yang jauh lebih baik, sekaligus mencapai jarak gerak yang lebih jauh.

Spesifikasi penuh sedan elektrik Lotus yang pertama sejak model Lotus Carlton ini masih lagi belum didedahkan buat masa ini.

Namun dalam temubual Autocar bersama pengarah urusan Lotus, Matt Windle, beliau mengesahkan ia bakal menampilkan trenkuasa motor elektrik berkembar dengan kuasa bermula dari 592 hp.

Baca: Lotus Carlton - sedan 90-an mampu capai 305 km/j

Baca: Lotus Eletre

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan gambar intip yang diperoleh daripada Autocar, unit prototaip Audi A6 Avant e-tron itu…
Berita Global
Namun, versi facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi mendefinisikan semula identiti berani…
Model Terbaharu
Ini bukanlah versi pertama SF90 yang dipertingkatkan, dimana sebelum ini SF90 Stradale hadir dengan…