Gambar intip: Versi lebih buas Ferrari SF90 dikesan sedang diuji

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Ferrari dikesan sedang menguji sebuah model istimewa dengan naik taraf prestasi, iaitu SF90 Versione Speciale yang memfokuskan untuk meratah litar dengan pakej prestasi lebih buas.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Ini bukanlah versi pertama SF90 yang dipertingkatkan, dimana sebelum ini SF90 Stradale hadir dengan pakej pengendalian Assetto Fiorano yang sudah memegang rekod pusingan di sekitar litar ujian Fiorano.

Untuk versi naik taraf terbaharu itu, pada bahagian depan, kelihatan splitter yang besar untuk membantu meningkatkan daya turun (downforce), disamping membantu penyejukan yang lebih baik.

 

2

 

Ia turut dilihat memiliki lubang udara di atas bampar hadapan yang bercantum dengan skirt sisi dan saluran udara ke enjin yang direka bentuk semula, menjadikannya sebahagian daripada peningkatan aerodinamik yang komprehensif

Pada bahagian belakang pula, jelas kelihatan peningkatan pakej aerodinamik dimana ia dilengkapi sayap statik yang besar, bersama bumper dan difuser belakang baharu yang lebih agresif.

Dari segi kuasa, SF90 versi lebih buas itu masih mengekalkan trenkuasa hibrid SF90 Stradale, dimana ia dikuasakan enjin V8 4.0 liter twin-turbocharged, dipadankan dengan 3 motor elektrik menjadikannya pacuan semua roda (AWD).

 

3

 

SF90 Stradale menghasilkan 986 HP, namun angka kuasa bagi versi terbaharu itu tidak dinyatakan secara rasmi sama ada ianya akan meningkat atau tidak.

Walaubagaimanapun, ia bakal menerima kemas kini penentukuran pada perisian seperti pada model 296 GTB, dimana Ferrari akan menentukur semula perkara seperti sistem pemvektoran tork gandar hadapan untuk menampung daya bawah tambahan.

Seperti model-model lain yang berfokuskan litar, SF90 baharu itu juga akan menerima proses pengurangan berat bagi memanfaatkan semua kuasa yang bakal dihasilkan.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Menjelang pelancarannya pada 29 Jun, Ferrari telah mendedahkan imej acah bagi SF90 versi buas itu,…