Gambar rasmi Proton X50 akhirnya didedahkan

oleh Mohamad Hanif|
Selepas sekian lama menunggu, akhirnya Proton mendedahkan secara rasmi imej sebenar SUV segmen B yang akan dilancarkan tidak lama lagi, iaitu Proton X50.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi luaran, ia tidak membawakan perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan model penderma (Geely Bin Yue/Geely Coolray), selain daripada logo baharu serta penampilan gril (dengan warna dua tona merah hitam) yang lebih bercirikan sebuah Proton.

Sementara ruang dalaman pula adalah menyamai model penderma, selain daripada kehadiran logo baharu Proton dan penampilan warna dua tona merah dan hitam, serta kelihatan corong pendingin hawa baris kedua dan slot pengecasan USB.

Proton X50 dibina berdasarkan platform modular BMA yang dibangunkan Geely bersama Volvo, di mana ia merupakan model Proton yang pertama dibangunkan atas platform tersebut.

 

 


Anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada nadi Campro yang sudah agak ketinggalan zaman itu, kerana Proton kini sudah mempunyai rakan yang memiliki teknologi enjin yang termaju.

Enin yang bakal ditawarkan adalah nadi tiga silinder sebaris 1.5 liter turbo suntikan terus yang mampu menghasilkan 177 hp dan 255 Nm.

Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi klac berkembar DCT tujuh nisbah kelajuan, sama seperti yang terdapat pada Proton X70, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.9 saat.

 


Model asal Geely Bin Yue dilengkapi dengan ciri pemanduan autonomi tahap kedua (Level 2 Autonomy) dan kami jangkakan ia akan turut diwariskan kepada Proton X50 dengan ciri-ciri seperti:

  •     Kawalan Pelayaran Pintar (ICC)
  •     Fungsi Indentifikasi Had Laju (SLIF)
  •     Fungsi Pengesan Titik Buta (BSD)
  •     Bantuan Kekal Laluan (LKA)
  •     Amaran Keluar Laluan (LDW)
  •     Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan pengesan pejalan kaki

Selain daripada itu, Proton X50 juga akan dilengkapkan dengan ciri Bantuan Parkir Automatik (APA).

Bayangkan sebuah SUV berharga kurang dari RM100,000 lengkap dengan ciri-ciri yang kami sebutkan di atas?

 


Jika anda perasan, terdapat versi yang lebih sporti Proton pernah tunjukkan pada model ujian Proton X50 di jalan raya beberapa tempoh yang lalu.

Ini kerana di China - pasaran asal Geely Bin Yue - terdapat dua versi yang ditawarkan, iaitu versi standard dan juga versi sports.

Secara keseluruhannya, versi yang lebih sporti tampak lebih garang dengan penampilan spoiler belakang yang agresif, tip ekzos berkembar di kiri dan kanan serta rim yang lebih besar sesuai dengan jiwa muda-mudi rakyat Malaysia.

Tiada sebarang harga jualan didedahkan buat masa ini, tunggu sahaja bila mana ia bakal ditayangkan kepada para pengamal media buat kali pertama pada 15 September ini.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Hasil siasatan mendapati, kereta yang terlibat adalah Proton X50, namun nombor pendaftaran tidak…
Informasi
  Penawaran SUV juga mengubah pandangan dan penerimaan pengguna terhadap jenama nasional itu.…
Berita Domestik
Angka pada bulan September itu menyumbang kepada jualan tahun sehingga kini (YTD) untuk tahun  2023…