Menurut laporan daripada rakan media Paultan, imej Xpander facelift itu didapati menerusi laporan tahun kewangan MMC bagi suku kedua tahun 2021 (Q2 FY2021).
Secara tidak langsung, ia mengesahkan lagi kehadiran model facelift Xpander seperti gambar acah yang didedahkan oleh Mitsubishi Indonesia beberapa hari yang lalu.

Berdasarkan gambar, perubahan yang besar boleh didapati pada unit lampu utama berbentuk T bagi menggantikan unit lampu sedia ada, sementara unit LED DRL pada bahagian atas kini menjadi lebih panjang dan menonjol.
Rekaan lampu kabus masih lagi sama seperti model terdahulu, cuma bahagian tersebut telah diserikan dengan rekaan skid plate yang baharu.

Sementara bahagian sisi pula menampilkan rekaan rim serba baharu.
Berdasarkan beberapa gambar spyshot, Xpander juga bakal menampilkan perubahan pada bahagian bampar belakang.
Perincian lanjut bakal diketahui menjelang acara GIIAS 2021 yang bakal berlangsung pada minggu depan.
Sumber: Paultan