Gambar sebenar Proton Iriz Crossover tertiris!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah sekian lama Proton menguji Iriz MC2 di jalanan, akhirnya kita dapat melihat dengan lebih jelas rupa sebenar hatchback crossover berdasarkan laporan daripada rakan media, Funtasticko.

Model Iriz MC2 crossover yang dilihat tanpa sebarang pelekat samaran itu jelas menunjukkan beberapa ciri menarik seperti pemasangan plastik cladding pada arca roda, kemasan hitam pada bumbung, serta rim rekaan baharu.

Namun, rekaan bampar belakang dilihat masih lagi mengekalkan bentuk yang sama pada model semasa.

 


Selain daripada itu, sekeping gambar lagi menunjukkan reka bentuk ruang dalaman yang menampakkan skrin paparan tengah serba baharu jenis terapung, dan rekaan corong pendingin hawa tengah yang telah direka semula.

Setakat ini, tiada sebarang tarikh tetap untuk pelancaran model baru ini, mungkin juga Proton akan menghabiskan sisa-sisa stok yang masih ada sebelum memulakan kempen penjualan Iriz crossover ini.

 


Sumber: Funtasticko

Berita Berkenaan

Berita Global
Mengutip info daripada Car 2Day, Nissan dilihat sedang menguji Serena generasi C28 walaupun model…
Berita Global
Ini kerana berdasarkan laporan daripada laman Drive di mana unit ujian SUV kecil dengan kehadiran…
Berita Global
Mitsubishi nampaknya sedang menguji generasi baharu trak pikap tersebut di mana unit ujian yang…