Gambar tular, JPJ ambil tindakan terhadap pemilik motosikal

oleh Mohamad Hanif|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap seorang pemilik motosikal selepas gambar penunggang dan pembonceng yang tidak memakai topi keledar itu tular di media sosial, semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gambar berkenaan tular apabila baju seragam yang dipakai oleh pembonceng itu diconteng dengan tulisan berunsur lucah yang mempersendakan guru, sehingga mendapat kecaman ramai pengguna laman media sosial.

Menurut Pengarah JPJ Kelantan Hanif Yusabra Yusuf berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis temu siasat di bawah seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada pemilik motosikal itu.

Beliau berkata, menunggang dan membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar adalah satu kesalahan yang boleh didakwa di bawah kaedah 4 Kaedah-kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973.

"Bagi kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan juga boleh diambil tindakan di bawah kaedah 6 Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pendafaran dan Perlesenan) 1959.

"Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dihukum mengikut seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penahanan kedua-dua suspek berusia lingkungan 50-an dan 30-an itu dibuat di sebuah premis di George…
Berita Domestik
"Ada tersebar gambar-gambar kereta SUV model Mazda sama ada CX5 atau CX8, saya tak dapat…
Informasi
  Walaupun siaran asal sudah dipadamkan, ia disiarkan semula di laman sosial Instagram dan setakat…