Gambar tular "tambahan pembayaran Maybank" tidak tepat

oleh HEZERI SAMSURI|
Gambar tular yang menunjukan penangguhan bayaran bulanan pinjaman selama tiga atau enam bulan dan diikuti dengan tempoh pembayaran balik yang ditambah selama setahun atau dua tahun itu adalah tidak tepat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Careta yang menghubungi pihak Maybank diberitahu bawah gambar yang tular itu memang betul terpapar di dalam laman web maybank2u.com.my tetapi di bawah ruangan FAQ (Frequently Asked Questions), ada diterangkan bahawa pembayaran balik yang diberikan adalah lebih rendah tetapi tempohnya dipanjangkan.

Menurut jurucakap Maybank, penurunan bayaran bulanan itu diberikan kerana pihak bank faham akan kesukaran yang diterima oleh pelanggan mereka walaupun selepas tamat tempoh moratorium.

 

 

Pengurangan bayaran bulanan diharapkan akan membantu pelanggan untuk menyusun kembali kewangan mereka yang terjejas. Pihak Maybank juga sudah menambah keterangan yang lebih jelas di dalam laman web maybank2u.com.my (gambar di atas). 

Namun begitu, Careta juga difahamkan bahawa pelan yang tular itu tidak ada kena mengena dengan pengumuman moratorium oleh Perdana Menteri semalam dan sudah ditawarkan sejak beberapa lama selepas moratorium pertama tahun lalu (tertakluk kepada kelulusan pihak bank).

Untuk moratorium terkini, peminjam yang mahu mengambil pilihan tersebut dikehendaki untuk menghubungi pihak bank masing-masing dan kelulusan adalah secara automatik.

Di bawah ialah berita terkini berkaitan moratorium terbaharu di bawah program PEMULIH.

https://careta.my/article/moratorium-pemulih-bank-tidak-akan-kenakan-faedah-terkompaun

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ini menjadi satu detik yang bermakna dalam komitmen mereka untuk mendukung acara-acara bertaraf…
Informasi
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Khairussaleh Ramli, berkata melalui…
Berita Domestik
Menurut Pengarah Urusan Mercedes-Benz Services Malaysia, Anamika Talwar berkata, "kami amat teruja…