Gambaran artis untuk SUV elektrik Mustang Mach-E

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mustang crossover (berkemungkinan besar nama Mustang Mach-E) berkuasa elektrik sepenuhnya sudah pun dirancang pembangunannya oleh Ford dan dikatakan ia merupakan tribut kepada model original Mustang Mach 1. 

Ia juga sedikit menggegarkan dunia automotif apabila Pengerusi Eksekutif Ford, Bill Ford menggambarkan prestasi crossover EV tersebut "is going to go like hell."

 


Berdasarkan imej yang diterbitkan oleh Ford tidak lama dahulu, masih belum jelas kelihatan apakah rupa bentuk sebenar SUV elektrik ini. 

Namun, terima kasih kepada warga negara Rusia, Kolesa yang baik hati memberikan bayangan SUV elektrik ini sekiranya ia benar-benar direalisasikan kelak. 
 


Sebelum ini, Ford sudah mengesahkan bahawa crossover EV Mustang ini bakal mempunyai jarak operasi sejauh 600 km namun masih merahsiakan butiran seperti saiz pek bateri, konfigurasi motor elektrik dan sebagainya. 

Apakah pendapat anda berkenaan crossover EV yang bakal memakai lencana Mustang berwarna biru terang ini?

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Biarpun muncul sarat dengan pelekat samaran, Mitsubishi mengesahkan konsep rekaan ini ditampilkan…
Berita Global
Berdasarkan pengamatan ke atas unit yang masih lagi sarat dengan pelekat samaran, Honda Accord…
Berita Global
Untuk melaksanakan hasrat tersebut, pengeluar yang sinonim dengan imej Zoom-zoom itu mempunyai…