Gangguan Aerotrain KLIA Bukan Disebabkan Kerosakan Mekanikal – Anthony Loke

oleh Qalif Latif|
Gangguan perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini bukan disebabkan oleh kerosakan mekanikal, sebaliknya berpunca daripada isu teknikal kecil iaitu gangguan perisian (software glitch), jelas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Aerotrain
Menurut beliau, masalah tersebut telah berjaya diselesaikan dalam tempoh 15 minit dan tidak melibatkan sebarang kecacatan struktur atau komponen sistem tren.

Ia bukan kerosakan sistem tetapi gangguan teknikal, satu bug dalam perisian. Dalam mana-mana sistem, gangguan seperti ini adalah perkara biasa dan perlu ditangani secara berterusan melalui penyelenggaraan sistem dan perisian,” katanya semasa Forum Transit Rel ASEAN–China Antarabangsa 2025, hari ini.

Walaupun mengakui gangguan itu menimbulkan kegusaran, Loke menjelaskan bahawa perkhidmatan Aerotrain di KLIA masih beroperasi dalam keadaan trafik penumpang yang tinggi, dengan rekod 1.5 juta penumpang sebulan dan ratusan perjalanan setiap hari.

Beliau turut menyeru Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk lebih proaktif dalam memantau prestasi kontraktor dan vendor yang terlibat secara langsung dalam penyelenggaraan sistem Aerotrain.

Gangguan terbaru ini turut mencetuskan desakan daripada beberapa pihak agar Kementerian Pengangkutan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat punca berulangnya masalah tersebut, yang dilaporkan telah berlaku sekurang-kurangnya lima kali sejak 1 Julai lalu.

Sumber Bernama: https://www.bernama.com/en/general/news.php?id=2453623

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, jenayah kecurian kabel tidak boleh dianggap sebagai kes kecurian biasa kerana ia memberi…
Berita Domestik
Beliau berkata, insiden itu berlaku ketika proses pertukaran landasan apabila gerabak pertama…
Berita Domestik
Beliau berkata, ketika ini tiada sebarang perubahan dasar diputuskan kerana kerajaan masih…