Gangguan bekalan, MINI henti sementara produksi model bertransmisi manual

oleh Mohamad Hanif|
Berita kurang baik buat pembeli yang menantikan model MINI bertransmisi manual, ini kerana MINI nampaknya telah pun menghentikan sementara produksi kesemua model bertransmisi manual.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Masalah tersebut berpunca daripada gangguan bekalan yang disebabkan oleh serangan Russia ke atas Ukraine, selain masalah bekalan cip semikonduktor yang masih lagi belum reda.

Menurut wakil jurucakap MINI, langkah tersebut diambil bagi memastikan kestabilan produksi kenderaan, namun tidak mendedahkan tempoh masa yang diambil untuk keadaan kembali pulih.

"Dalam usaha untuk menjaga output produksi yang maksimum demi memenuhi keperluan pelanggan, penawaran produk kami perlulah diringkaskan.

"Langkah penyelesaian ini merupakan cara yang paling efektif untuk memastikan kestabilan produksi, supaya kami dapat terus membekalkan MINI baharu kepada para pelanggan kami," ujarnya lagi.

Masalah bekalan cip semikonduktor menyebabkan sesetengah pengeluar terpaksa mengambil langkah drastik dengan mengurangkan produksi beberapa buah  model, selain menawarkan spesifikasi yang kurang lengkap kepada para pelanggan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan AFP menyebut, masalah teknikal tersebut telah dikesan oleh pihak berkuasa penerbangan yang…