Gangguan LRT: MOT tunggu laporan pakar - Anthony Loke

oleh Penyumbang Rencana|
Kementerian Pengangkutan masih menunggu laporan daripada pakar dan jurutera berkaitan jajaran perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) berdekatan Stesen Bandaraya yang mengalami kerosakan struktur, pada Jumaat.


Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkata laporan berkenaan akan memberi gambaran mengenai sejauh mana kerosakan struktur itu memberi kesan dari aspek keselamatan.


"Kita masih menunggu laporan daripada pakar bagi mengetahui sama ada selamat untuk kita beroperasi semula.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Sementara ini, kita beri ruang kepada jurutera untuk melihat kekuatan struktur tersebut, yang paling penting ialah keselamatan mesti kita utamakan," katanya.

 

Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di Wisma Chinese Chamber pada Sabtu.

 

Semalam, perkhidmatan LRT laluan Ampang dilaporkan mengalami kelewatan atas faktor keselamatan akibat penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen LRT Bandaraya selain kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan dipercayai akibat kerja-kerja pembinaan di kawasan bersebelahan.

 

Ditanya mengenai jangkaan pengoperasian semula LRT laluan Ampang, Loke berkata pihaknya tidak dapat memberi jaminan tempoh yang spesifik.

 

"Sudah tentu apabila laporan diberikan, kita akan buat keputusan untuk bagaimana kita menangani dan pengumuman lanjut mungkin akan dibuat dalam sehari dua lagi," katanya.

 

Beliau berkata pengguna yang terkesan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka Isnin nanti.

 

"Saya faham ia memberikan gangguan kepada ramai penumpang tetapi saya juga berharap penumpang memahami keadaan ini bukan sesuatu yang kita nak tutup. Kita perlu utamakan keselamatan tren dan penumpang, itu paling penting," katanya.

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada Isnin, HeiTech Padu menerima surat lantikan daripada JPJ membabitkan tender bernilai RM190.01…
Informasi
"Kami sedang memantau kemajuannya dan mahu mereka menyiapkan projek ini. Sasaran kami adalah…
Berita Domestik
Namun, pemenang lesen bagi kad orang kelainan upaya (OKU) masih tertakluk syarat ditetapkan Jabatan…