Gangguan operasi tren JR Kyushu - "ini semua salah lintah!"

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada 30 Mei, beberapa laluan tren yang dioperasikan oleh Kyushu Railway (JR Kyushu) di selatan Jeplun mengalami masalah keputusan bekalan elektrik.

Gangguan tersebut memaksa syarikat tersebut membatalkan 26 buah perjalanan dan terpaksa melewatkan servis yang lain sehingga menyebabkan huru-hara. 

Seramai 12,000 orang penumpang terjejas akibat gangguan operasi itu tadi. 

Seperti mana yang kita semua maklum, Jepun sangat terkenal dengan ketepatan masa di mana kadar kelewatan tren dicatatkan dalam kiraan saat (dan bukan setengah jam). 

Setelah siasatan dijalankan, wakil JR Kyushu telah menemukan punca di sebalik gangguan bekalan elektrik tersebut - seekor lintah. 
 


Lintah tersebut didapati memasuki kawasan peranti punca kuasa elektrik yang dipasang berdekatan dengan landasan. 

"Kami pada mulanya menganggap ia adalah gangguan sistem komputer, namun setelah disiasat, terdapat bangkai lintah yang terbakar," ujar wakil JR Kyushu. 

Media tempatan melaporkan haiwan moluska tersebut rentung setelah menyebabkan litar pintas pada peranti tersebut. 

Tambah wakil itu lagi, "kami selalu menghadapi masalah bertembung dengan rusa-rusa liar, namun ini kali pertama seekor lintah menyebabkan masalah yang lebih serius kepada operasi kami.

Sumber: Straits Time

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, gangguan itu mula dikesan pada jam 3.50 petang, dan menyebabkan tren bergerak lebih…