Gangguan perkhidmatan MRT Kajang Line akibat sistem isyarat bermasalah

oleh Mohamad Hanif|
Semalam (16 Ogos 2021) MRT Kajang Line mengalami gangguan perkhidmatan disebabkan sistem isyarat yang bermasalah dikesan pada jam 9.15 pagi.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, masalah isyarat tersebut disebabkan oleh isu teknikal, dan pihak Jabatan Kejuruteraan Rapid KL, bersama-sama dengan pengeluar sistem BT Alstom dan MRT Corp sedang bekerja keras untuk memastikan sistem kembali normal seperti sedia kala.

Perkhidmatan MRT Kajang Line dihentikan sepenuhnya dari jam 11.15 pagi hingga 3.45 petang bagi membenarkan kerja-kerja diagnostik dan reboot dijalankan, dan operasi disambung semula pada jam 3.45 petang di dalam mod revised service.

Berdasarkan kemaskini daripada laman Twitter @AskRapidKL, perkhidmatan MRT Kajang Line kini beroperasi seperti sedia kala.