Menurut laporan Free Malaysia Today, RapidKL dalam pengumuman di Twitter memaklumkan tren berhenti lama di antara Stesen Universiti dan KL Sentral menuju ke Gombak akibat masalah gangguan suis.
“Pasukan teknikal berada di lokasi bagi kerja-kerja baik pulih. Tren dipandu secara manual di antara Stesen KL dan Pasar Seni.
“Untuk bantuan, penumpang boleh merujuk kepada pegawai stesen atau polis bantuan. Kami memohon maaf atas kesulitan. terima kasih atas kesabaran anda,” katanya yang menambah maklumat terkini akan menyusul.
Pada bulan lalu, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook memberitahu pengguna LRT, kemungkinan berlakunya lagi gangguan di laluan LRT Kelana Jaya dalam beberapa bulan lagi hingga suku ketiga 2023.
Loke berkata, ada 56 set tren beroperasi di laluan Kelana Jaya tetapi 18 sedang diselenggara menyebabkan hanya 38 tren yang boleh digunakan.
Katanya, keadaan itu menyebabkan kadar kekerapan tren ketika ini adalah lima minit, walaupun ketika waktu puncak.
Kemaskini Laluan LRT Kelana Jaya: Perkhidmatan altenatif diaktifkan bagi penumpang yang menghala ke Gombak. Tren akan berpatah balik di Stesen Setiawangsa. Bagi penumpang yang ingin meneruskan perjalanan ke Gombak, sila dapatkan tren sambungan di Platform Satu Stesen Setiawangsa.
— Ask Rapid KL (@askrapidkl) January 5, 2023
Sumber: FMT