Salah satu caranya adalah dengan menerbangkan beberapa unit kapal terbang yang kosong tanpa sebarang penumpang.
Ini kerana menurut peraturan di negara Eropah, syarikat penerbangan boleh kehilangan slot penerbangan yang ditetapkan sekiranya mereka didapati mengekalkan kapal terbang tanpa sebarang penerbangan.
The Times of London turut melaporkan, di bawah peraturan tersebut syarikat penerbangan yang mengendalikan laluan keluar dari benua perlu beroperasi hampir 80 peratus daripada slot yang ditetapkan, atau berkemungkinan besar kehilangan slot tersebut kepada pesaing.
Peraturan ini sememangnya memberikan kesan kewangan yang lebih besar, di mana syarikat penerbangan terpaksa membazirkan ribuan gelen bahan api semata-mata untuk menerbangkan kapal terbang yang kosong tanpa sebarang penumpang ketika wabak coronavirus melanda dunia.
Khamis lalu, Setiausaha Pengangkutan UK Grant Shapps telah menulis kepada Airport Coordination Limited supaya menghentikan sementara peraturan yang membazir itu untuk mengelakkan kesan yang lebih teruk kepada alam sekitar dan ekonomi.
Sementara itu, International Air Transport Association menganggarkan kerugian sehingga $113 billion (RM471 billion) di seluruh dunia akibat wabak COVID-19 yang melanda pada ketika ini.
Sumber: Business Insider