Gara-gara elak mat rempit, trak pikap Triton terbalik di Guar Chempedak

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hanya kerana ingin mengelakkan diri daripada melanggar seorang penunggang motosikal yang terjatuh akibat aksi wheelie yang tidak menjadi, sebuah trak pikap Triton terbabas sehingga terbalik dan melanggar kenderaan jenis Nissan Almera dari arah bertentangan. 

Dalam kejadian yang berlaku lewat petang Jumaat itu, penunggang motosikal tersebut dipercayai melakukan aksi wheelie berkali-kali sebelum nasib malang menyebelahi beliau.

Tindakan bahaya tersebut sempat dirakam oleh dashcam Nissan Almera yang turut sama terbabit dalam pelanggaran tersebut. 

 


Namun ketika melakukan aksi berbahaya itu sekali lagi, penunggang tersebut terjatuh ke laluan bertentangan menyebab pemandu Triton cuba mengelak namun terbabas lalu melanggar bahagian kanan kereta Almera sebelum terbalik.

Tidak diketahui bagaimana nasib yang menimpa kedua-dua pemandu kenderaan tersebut, dan mat rempit yang terjatuh itu dikatakan patah peha akibat tindakan bodohnya itu.

Sumber: PenangKini

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebelum itu, video klip memaparkan aksi mereka meniarap di atas motosikal sambil meluruskan kedua-…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Mohd Sapri…
Berita Domestik
Kesemua penunggang motosikal itu ditahan dalam operasi kira-kira jam 3 pagi yang dijalankan…