Gara-gara 'Google Map', trak pikap terjunam ke sungai

oleh SALINA JALIL|
Penduduk Kampung Suru di Doko, Jawa Timur hanya mampu melihat sebuah trak pikap menjunam ke dalam sungai ketika melalui jambatan buluh dalam satu kejadian, kelmarin.


Terdahulu, penduduk kampung cuba menghalang trak pikap itu daripada melalui jambatan buluh yang tidak dapat menampung berat kenderaan besar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Mereka menjerit ke arah pemandu kenderaan tersebut, namun tidak dapat didengari susulan hujan lebat.

 

Jurucakap polis Doko, Anik Sri Utariani mengesahkan insiden itu dan memaklumkan jambatan buluh tersebut hanya boleh dilalui motosikal.

 

“Selepas melalui jambatan itu, trak pikap berkenaan terjunam ke dalam sungai, namun bernasib baik kerana tidak dihanyutkam arus.

 

“Pemandu trak pikap itu memaklumkan, dia tidak mahir dengan jalan di sini lalu menggunakan Peta Google dan aplikasi itu menunjukkan dia perlu melalui jambatan buluh tersebut,” katanya.

 

Ketika kejadian, trak pikap tersebut membawa muatan berupa kayu api untuk dihantar ke sebuah rumah di Doko.

 

Kenderaan itu berjaya dibawa naik ke daratan dengan bantuan penduduk kampung dan pemandunya tidak mengalami kecederaan serius.

 

 

Utusan

Berita Berkenaan

Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…
Berita Global
Budi Karya berkata, kemudahan proving ground tersebut akan dibina di Pusat Ujian Kelayakan Jalan…
Berita Global
Timbalan Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim dan…