Gazoo Racing - Litar Bandar Malaysia paling laju tapi paling bahaya untuk kereta

oleh HEZERI SAMSURI|
Perlumbaan Toyota Vios Challenge dalam siri Gazoo Racing Festival semalam menunjukan bahawa litar Bandar Malaysia mempunyai potensi besar untuk menjadi litar bandar yang menarik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia adalah litar paling panjang dan paling laju pernah dibina untuk siri perlumbaan itu. Di bawah ialah sedikit fakta mengenai litar Bandar Malaysia.

  • Jarak satu pusingan ialah 1.96 km
  • Mempunyai 20 selekoh
  • Mempunyai dua laluan lurus 
  • Laluan lurus terpanjang ialah 600 meter dan selebar 15 meter, khusus untuk aksi memotong
  • Mempunyai satu chicane sempit
  • Dibina menggunakan penghadang konkrit yang setiap satunya seberat 4 tan

Oleh kerana kelajuan yang lebih tinggi, sebarang kesilapan akan menyebabkan perlanggaran dengan konkrit dengan hentaman kuat, mampu merosakkan terus kenderaan.

 

 

Kelas Sporting
Untuk pemandu amatur, kelas ini menyaksikan wakil media, Tom Goh, pemilik Zero To Hundred menjuarai perlumbaan semalam (gambar atas, di sebelah Hezeri Samsuri).

Tom yang memandu untuk S&D Tama Motorsports diikuti rapat oleh Adam Khalid dan tempat ketiga, pelumba berusia 15 tahun, Hayden Haikal.

Perlumbaan 20 pusingan itu penuh dengan drama dan aksi yang meruntun jiwa.

 

 

Kelas Super Sporting

Khusus untuk pelumba profesional, Tengku Djan Ley dari 23 Motor terus menjuarai perlumbaan sebaik sahaja bermula dari petak pertama.

Dua saat di belakang ialah Mark Darwin dari Laser Motor Racing dan Freddie Ang dari Telagamas Toyota di tempat ketiga. 

"Litar Bandar Malaysia cukup lebar dan membolehkan saya menggunakan pelbagai strategi untuk menyerang selekoh-selekoh," ujar Djan.

"Ia juga membolehkan kereta-kereta berada hampir bersama satu sama lain, dan ini baik untuk perlumbaan," tambahnya.

"Saya berharap ia akan hujan hari ini kerana perlumbaan basah adalah lebih mencabar dan satu kesilapan kecil akan menyebabkan anda terkeluar dari perlumbaan," kata Djan lagi.

 

 

Kelas Promotional

Seperti dijangka, Shawn Lee mendahului perlumbaan dari petak permulaan sehingga tamat perlumbaan.

Tempat kedua dimenenangi oleh Shukri Yahaya dan tempat ketiga Nabil Ahmad.

Tempat keempat ialah Diana Danielle dan tempat kelima Khai Bahar.

"Saya suka litar ini kerana ia laju," kata Shawn yang berada 2.2 saat di hadapan Shukri.

 

 

Gazoo Racing Festival Bandar Malaysia dibuka untuk orang ramai hari ini dari jam 9.00 am hingga 6.00 pm.

Pameran kenderaan, gerai jualan makanan, konsert hiburan dan juga pertunjukan drift serta penampilan Agen Ali adalah antara aktiviti yang anda boleh nikmati di sana selain dari melihat perlumbaan dan juga mengambil gambar selebriti.

Masuk adalah percuma.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…