GDEX guna skuter elektrik untuk operasi hantar barang

oleh Mohamad Hanif|
GD Express Carrier Bhd (GDEX) telah memperkenalkan motosikal elektrik pertama sebagai sebahagian daripada inisiatif Go Green syarikat itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu kenyataan pada Selasa, GDEX berkata penggunaan kenderaan elektrik (EV) adalah sejajar dengan matlamat negara untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah kaca (GHG) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 45 peratus menjelang 2030 seperti yang ditekankan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Teong Teck Lean berkata logistik dan penggiat dalam perkhidmatan penghantaran memainkan peranan penting dalam mengurangkan pelepasan karbon dioksida dengan meneroka dan mengguna pakai lebih banyak penyelesaian hijau dalam operasi harian.

"Motosikal elektrik menandakan permulaan inisiatif hijau yang dimulakan oleh GDEX dan kami berharap untuk meneruskan kajian dan melaksanakan lebih banyak langkah lestari pada masa hadapan," katanya.

Teong berkata kumpulan itu berterima kasih atas inisiatif kerajaan dalam Bajet 2022 untuk menyokong penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia, ia sudah pasti dapat menyokong perjalanan amalan lestari syarikat tersebut.

Selain itu, kumpulan itu berkata ia akan meneroka penggunaan basikal elektrik dan basikal roda tiga selepas ini yang akan memenuhi segmen lokasi yang berbeza seperti kawasan kejiranan.

 

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sijil tersebut disampaikan bagi menghargai salah sebuah daripada lori Hino yang dimiliki oleh GDEX…