
Bagaimana pula dengan prestasi kewangan? Sama-sama mencatatkan prestasi cemerlang.
Hasil (revenue) syarikat melebihi 240 bilion RMB (RM146 bilion) buat pertama kali dalam sejarah.
Pencapaian ini didorong oleh kesan pengembangan dan peningkatan daya saing produk.
Segmen kenderaan tenaga baharu mencatatkan perkembangan luar biasa.
Ringkasan pencapaian 2024:
- Jumlah jualan tahunan: 2,176,567 unit, meningkat 34% berbanding 2023.
- Jualan kenderaan tenaga baharu dan elektrik: 888,235 unit, meningkat 92% berbanding 2023.
- Kenderaan tenaga baharu dan elektrik: 41% daripada jualan keseluruhan.
- Kenderaan tenaga baharu: Melebihi 888,235 unit, peningkatan kira-kira 92% berbanding 2023.
- Eksport ke luar negara: 414,522 unit pada 2024, meningkat 57% berbanding 2023.
- Hasil: 240 bilion RMB (RM146 bilion), meningkat 34% berbanding 2023.
- Jumlah keuntungan: Meningkat kepada 16.8 bilion RMB (RM10.25 bilion), meningkat 240%.
- Keuntungan kepada pemegang saham: 16.6 bilion RMB (RM10.12 bilion), meningkat 213%.
- Tunai bersih: Meningkat kepada 26.5 bilion RMB (RM16.16 bilion).
Pengembangan Global

Geely Auto mencapai kemajuan yang ketara dalam strategi globalisasinya dengan memperluaskan lagi kehadiran di peringkat antarabangsa.
Jumlah eksport ke luar negara mencecah 414,522 unit, peningkatan lebih 57 peratus berbanding 2023 dan melebihi sasaran eksport tahunan sebanyak 380,000 unit.
Daripada jumlah ini, jenama Geely Auto mencatatkan eksport sebanyak 381,548 unit, peningkatan 53% berbanding 2023.
Geely telah memperluas rangkaian di Timur Tengah, Asia-Pasifik, Afrika, Amerika Latin, Eropah dan wilayah-wilayah lain.
Syarikat melancarkan 16 model di pasaran utama seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kazakhstan, dan Panama.
Syarikat juga membina 891 pusat jualan dan perkhidmatan di 81 negara.
Menjelang 2025, Geely akan meningkatkan jumlah saluran dan perkhidmatan selepas jualan dengan menambah lebih 300 pusat jualan dan perkhidmatan di luar negara.
Syarikat dijangka mempunyai lebih 1,100 pusat di seluruh dunia pada akhir tahun.

Amalan Alam Sekitar, Social dan Tadbir Urus (ESG)
Selain prestasi jualan dan kewangan, Geely Auto turut memberi tumpuan kepada Amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
Geely Auto mendahului industri automotif China dalam prestasi ESG, diiktiraf sebagai Perintis 100 Syarikat Tersenarai ESG China dan penerima penilaian lima bintang.
Syarikat ini menerima gred AA daripada MSCI ESG dan dianugerahkan gelaran Pemimpin dalam Pencapaian Kemuncak Karbon Industri China.
Sehingga akhir 2024, Geely berjaya mengurangkan pelepasan karbon kitaran hayat setiap kenderaan sebanyak 18 peratus berbanding 2020.
Syarikat kini menghampiri sasaran pengurangan karbon sebanyak 25 peratus menjelang 2025 dan ke arah neutraliti karbon menjelang 2045.
Strategi Smart Geely 2025

Strategi Smart Geely 2025 dilancarkan pada tahun 2021 bagi merangka era mobiliti pintar di Geely.
Matlamat utama untuk menjadikan Geely pengeluar automotif pertama di dunia dengan keupayaan integrasi Kecerdasan Buatan (AI) sepenuhnya menjelang 2025.
Syarikat telah melancarkan sistem teknologi Kenderaan Pintar AI pertama dalam industri.
Teknologi ini membangunkan ekologi pintar yang merangkumi sistem pengendalian, kabin pintar, pemanduan autonomi dan ketersambungan kenderaan.
Ia juga termasuk pusat pengkomputeran super dan infrastruktur internet satelit untuk menyokong mobiliti pintar yang lebih canggih.
AI digunapakai dalam semua aspek kenderaan pintar, termasuk seni bina, sistem pacuan, casis, dan kabin.
Ia juga diintegrasikan sepanjang kitaran hayat produk, dari pembangunan hingga perkhidmatan selepas jualan.
Bersama pembangunan model AI Geely Xingrui, syarikat bekerjasama dengan rakan kongsi ekologi seperti DeepSeek dan model AI besar lain.
Kerjasama bertujuan mempercepatkan penggunaan AI dalam aplikasi automotif.
10 Model Tenaga Baharu (NEV)

2025 merupakan tahun penting buat Geely Auto.
Syarikat merancang melancarkan 10 model NEV dan mempercepat transformasi dan pengeluaran teknologi seperti Kepintaran AI, Pemanduan Pintar dan Kabin Pintar.
Tumpuan pada pengeluaran besar-besaran ini akan meletakkan Geely sebagai peneraju dalam bidang pemanduan pintar.
Penulis: Muhammad Md Tajudin