Geely bakal muncul dengan trak pikap, jenama baharu Radar tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
Geely sebenarnya pernah muncul dengan sebuah model 'trak pikap' dengan bentuk yang aneh kira-kira dua tahun yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Farizon FX merupakan cubaan Geely untuk menghasilkan trak pikap, dimana ia menggunakan asas daripada Geely Boyue sebelum ditambah dengan struktur bed di bahagian belakang, namun disebabkan bentuk Boyue yang bersifat seperti sebuah pau, hasil akhir Farizon FX tidak begitu menjadi.
 

farizon radar


Imej paten yang muncul di dalam talian ini merupakan cubaan terkini Geely untuk menawarkan sebuah trak pikap, di mana menurut laporan daripada NetEase Auto, trak pikap ini bukanlah menggunakan trenkuasa diesel, sebaliknya menggunakan pacuan motor elektrik.

Laporan itu turut menyebut trak pikap ini bakal dijual di bawah jenama baharu Radar, dan Geely turut melabur sebanyak 2.42 bilion yuan (RM1.57 bilion) untuk membangunkan sebuah fasiliti pengeluaran di Wilayah Shandong.
 

Radar


Melihatkan kepada rekaan imej paten yang tertiris itu, trak pikap elektrik ini dilihat membawakan reka bentuk dan perkadaran badan yang lebih normal untuk sebuah trak pikap, seperti rekaan kabin berkembar, struktur bed di bahagian belakang, serta jarak kelegaan tanah yang sedikit tinggi.

Beberapa laporan dari Tanah Besar China turut mencadangkan trak pikap ini sebenarnya menggunakan asas daripada model Haoyue (Proton X90), di mana terdapat beberapa persamaan dari segi rekaan dan garis badan turut diperlihatkan.

Selain itu, trak pikap ini dilapor tidak akan menggunakan platform ladder frame, sebaliknya menggunakan casis unibodi seperti sesetengah model yang ada dipasaran (Honda Ridgeline, Hyundai Santa Cruz, Ford Maverick).

Sumber: NetEase Auto

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…