Geely beli 7.6 peratus saham Aston Martin Lagonda

oleh Mohamad Hanif|
Aston Martin Lagonda pada awal tahun lalu dilapor menolak cadangan daripada pihak Geely untuk pelaburan ekuiti, dengan alasan tawaran tersebut bukanlah satu pilihan yang menarik.

Namun, baru-baru ini Geely dalam satu siaran media mengumumkan telah berjaya mencapai persetujuan dengan pengeluar kereta mewah tersebut.

Dengan persetujuan tersebut, Geely kini memegang 7.6 peratus kepentingan di dalam Aston Martin Lagonda dengan nilai pembelian yang tidak didedahkan.
 

aston martin


Selain daripada Geely, saham Aston Martin turut dipegang oleh Daimler sebanyak 9.7 peratus, Public Investment Fund Arab Saudi sebanyak 16.7 peratus, serta konsortium Yew Tree yang diketuai oleh Lawrence Stroll dengan jumlah pegangan 18.3 peratus.

Seperti yang kita tahu, Geely kini memegang pelbagai jenis jenama automotif global termasuklah Volvo, Lotus, Polestar, Proton, London Electric Vehicle Company (LEVC), Lynk & Co, Zeekr dan Geometry.

Lebih menarik, pengerusi dan pengasan Geely Li Shufu itu sendiri mempunyai pegangan ekuiti sebanyak 9.7 peratus di dalam Kumpulan Mercedes-Benz menerusi Tenaciou3 Prospect Investment Limited.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan kehadiran Emeya, ia sekaligus bakal memberikan cabaran kepada sedan elektrik pantas seperti…
Berita Global
Selain daripada itu, Geely juga dilapor sedang merancang untuk mendirikan sebuah kilang pemasangan…
Model Terbaharu
Satu lagi jenama terkenal di bawah Mercedes-Benz dan Geely Holding, smart juga bakal menyertai…